Muaturun App Eastel
Download App Eastel dan install ke telefon anda terlebih dahulu sebelum teruskan ke panduan di bawah.
Panduan Mudah: Kekalkan Nombor Anda & Bertukar ke Eastel (MNP)
Ikuti langkah demi langkah di bawah untuk menukar rangkaian asal anda ke Eastel 5G tanpa mengubah nombor telefon sedia ada.
Dokumen Identiti
Kad Pengenalan (MyKad), Passport, atau dokumen pendaftaran asal yang sah.
Kad SIM Eastel
Kami akan hantar gambar Simcard Eastel baharu anda untuk imbasan kod bar. Simcard anda akan dipos selepas proses pendaftaran selesai.
Sambungan Internet
Pastikan peranti anda terhubung dengan rangkaian internet atau WiFi yang stabil.
Jangan cabut kad SIM lama anda terlalu awal. Pastikan nombor lama masih aktif kerana anda WAJIB membalas SMS pengesahan (Port-Out) daripada telco lama dalam tempoh 2 jam selepas pendaftaran dibuat. Jika gagal membalas, proses MNP akan ditolak secara automatik.
Muat Turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Eastel di App Store atau Play Store.
Mulakan Aktivasi
Ketik pada menu "Activate New SIM Card".
Imbas Kad SIM & Butiran Upline
Imbas kod bar kad SIM anda. Seterusnya, masukkan butiran penaja anda seperti yang tertera di bawah:
Maklumat Penaja Anda
Pilih Menu MNP (Kekal Nombor)
Pilih pilihan "Switch my current number to Eastel". Sila masukkan nombor telefon sedia ada yang ingin dikekalkan dan pilih nama telco asal anda.
Pengesahan Identiti (eKYC)
Pilih jenis dokumen pengenalan diri (contoh: MyKad), tangkap gambar dokumen tersebut dengan jelas di bawah pencahayaan yang baik, dan semak semula maklumat (Nama, No. IC, Alamat) yang dikesan oleh sistem untuk memastikan semuanya tepat.
Pengesahan Wajah & Hantar
Lakukan imbasan muka melalui Liveness Test mengikut arahan skrin. Seterusnya, baca dan tandakan tanda semak (tick) pada bahagian deklarasi polisi syarikat, kemudian tekan "Submit".
Balas SMS Telco Lama (Kritikal!)
Dalam tempoh 12 jam, anda akan menerima SMS pengesahan pelepasan daripada telco lama anda. Sila balas SMS tersebut dengan kadar SEGERA (dalam tempoh maksimum 2 jam) mengikut format arahan SMS yang diberikan.
Proses Selesai & Tukar SIM
Apabila aplikasi memaparkan status "Successfully Registered", simpan paparan skrin (screenshot) sebagai rekod. Tunggu sehingga talian pada kad SIM lama anda terputus sepenuhnya (proses pertukaran mengambil masa sehingga 48 jam), kemudian masukkan SIM Eastel baharu anda untuk mula menikmati perkhidmatan.
Panduan Visual & Kod SMS MNP Telco
Rujuk langkah kritikal di bawah untuk memastikan proses pelepasan (Port-Out) daripada telco lama anda berjalan lancar tanpa ralat.
Cara Semak Status MNP & Kaedah Balas SMS
Ikuti aliran carta ini untuk memahami bila SMS akan diterima dan bagaimana cara untuk memberikan respon yang betul bagi meluluskan permohonan pertukaran talian anda.
Senarai Format Kod SMS Ikut Telco (Format Y/N)
Setiap telco mempunyai format balasan SMS yang berbeza. Sila pastikan anda membalas dengan kod yang tepat (Contoh: YES, Y, atau 1) mengikut arahan telco asal anda bagi mengelakkan permohonan ditolak (rejected).
đ Kandungan Terhad & Eksklusif
Segala maklumat, grafik, dan panduan visual di dalam halaman ini adalah hak milik terpelihara dan disediakan khusus untuk kegunaan Team EastelCore sahaja. Sila gunakan panduan ini secara beretika untuk membantu rangkaian pelanggan dan usahawan di bawah bimbingan anda.
đ Sila login untuk lihat kandungan ini.