Muaturun App Eastel
Download App Eastel dan install ke telefon anda terlebih dahulu sebelum teruskan ke panduan di bawah.
Panduan Mudah: Cara Aktifkan SIM Card Eastel Nombor Baru
Ikuti langkah demi langkah di bawah untuk mendaftar dan mengaktifkan talian baharu Eastel anda dengan lancar.
Dokumen Identiti
Kad Pengenalan (MyKad), Passport, atau dokumen pendaftaran asal yang sah.
Kad SIM Eastel
Kami akan hantar gambar Simcard Eastel baharu anda untuk imbasan kod bar. Simcard anda akan dipos selepas proses pendaftaran selesai.
Sambungan Internet
Pastikan peranti anda terhubung dengan rangkaian internet atau WiFi yang stabil.
Buka Aplikasi Eastel
On skrin login, tekan pilihan "Activate New SIM Card" yang berada di bahagian bawah skrin aplikasi.
Masuk ke Bahagian "New Registration"
Aplikasi akan membawa anda ke halaman pendaftaran SIM baru. Anda diberikan dua pilihan pemasukan kod iaitu Scan Barcode atau *Manually Enter Code*.
Scan Barcode pada Kad SIM
Kami akan memberikan gambar bar code simcard anda selepas sah pembayaran. Sila imbas (scan) barcode tersebut. Jika mengalami kesukaran, anda boleh memilih cara manual.
Masukkan Kod Secara Manual Jika Perlu
Jika tidak mahu scan barcode, tekan "Manually Enter Code" dan masukkan nombor kod siri yang tertera pada kad SIM Eastel anda.
Masukkan PUK, Bukan PIN (Kritikal!)
Pastikan nombor yang dimasukkan ialah kod PUK, bukannya nombor PIN. Nombor PUK boleh dilihat pada bahagian kad SIM Eastel anda. Selepas itu, tekan "Submit".
Masukkan Upline ID & Semak Maklumat
Selepas SIM berjaya dikesan, sistem akan meminta maklumat Upline ID secara manual atau melalui imbasan QR Code. Sila rujuk butiran penaja sah anda di bawah:
Maklumat Penaja Anda
Selepas maklumat dipaparkan, semak nama dan kod referral tersebut. Jika betul, tekan "Confirm & Next".
Pilih "Choose a New Number"
Untuk mengaktifkan nombor baru, pastikan anda memilih pilihan "Choose a new number". Jangan pilih pilihan pertukaran nombor (MNP).
Pilih atau Cari Nombor Baru
Aplikasi akan memaparkan senarai nombor Eastel. Anda boleh membuat carian menggunakan 4 digit terakhir nombor kegemaran anda pada ruangan carian, tekan "Search", pilih nombor yang berkenan, dan klik "Next".
Ambil Gambar IC / MyKad
Sistem akan memulakan proses pengesahan identiti. Ambil gambar kad pengenalan (IC) anda dengan jelas dan pastikan ia berada di dalam kotak panduan skrin.
Semak Maklumat Peribadi
Semak semula maklumat (Nama, No. IC, Alamat) yang dikesan secara automatik oleh sistem untuk memastikan semuanya tepat. Jika betul, tekan "Continue".
Buat Pengesahan Wajah
Lakukan imbasan muka melalui Face Comparison dan Liveness Test mengikut arahan skrin. Pastikan wajah anda mendapat pencahayaan yang cukup dan jelas.
Tandakan Persetujuan Declaration
Baca ringkas bahagian Declaration, tandakan kotak tanda semak (tick) sebagai tanda persetujuan, dan klik butang "Submit".
Pendaftaran Berjaya
Apabila skrin memaparkan status "Successfully Registered" bersama nombor baru anda, sila ambil paparan skrin (screenshot) sebagai rekod simpanan. Klik "Done" untuk selesai.