Cara Daftar, Beli & Aktifkan Simcard Eastel
Ikuti langkah mudah ini untuk membuat pendaftaran melalui EastelCore, pilih kaedah penghantaran, pilih bayaran dan teruskan panduan pengaktifan selepas pesanan dibuat.
Masuk ke Halaman Pendaftaran
Buka halaman pendaftaran EastelCore untuk mula membuat pesanan simcard Eastel.
Isi Borang Daftar
Lengkapkan maklumat anda dan pastikan nama penaja adalah betul. Kemudian pilih kaedah mendapatkan simcard.
Pilih Kaedah Bayaran
Pilih cara bayaran yang sesuai mengikut pilihan anda.
Semak Semua Maklumat
Pastikan nama, nombor telefon, alamat, pilihan penghantaran dan kaedah bayaran adalah tepat. Jika semua sudah betul, tick pada “Saya telah membaca dan bersetuju dengan tapak web terms and conditions”.
Tekan Butang Buat Pesanan
Selepas semua maklumat lengkap dan betul, tekan butang “Buat pesanan” untuk teruskan proses.
Ikuti Arahan Halaman Seterusnya
Selepas pesanan dibuat, ikut arahan yang dipaparkan. Anda boleh pilih panduan yang sesuai sama ada Panduan Kekal Nombor MNP atau Panduan Nombor Baru.